YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Thursday, May 17, 2018

Europe Trip 2018 (Florence)

Friday 20th April 2018
Firenze, Italia

Happy Anniversary husband! 5 thn dah kami berkahwin. Tahun ke 5 dan Europe Trip. Insha Allah doakan Umrah 2019. Awal pagi dah bgn sbb nk kejar train ke Tiburtina Station Rome. Kitaorg tak naik dari Roma Termimi sbb Tiburtina ni lagi dekat dengan rumah & train station yang baru. Memang dekat, hanya 5 minit dari Tuscolana station. Untuk intercity transport. kitaorg beli siap2 tiket trenitalia. Beli online 2 bulan awai sbb nak murah. Kalau taknk naik high speed train pun boleh jer. Ada intercity and regional train. Tapi trip kita akan jadi lama skitla sebab byk berhenti. So dari Rome nk ke Florence dalam sejam lebih kalau naik high speed train.


Masa ni luggage belum beranak. Masih backpackers suci
 

Price for two
 
Sampai jer Santa Maria Novella Station Firenze, kami bukak maps nk locate Melody House. Dekat jer uollss. Dalam 10 minit jalan kaki. Alhamdulillah dlm kul 12 sampai hostel nya. Lawa dan selesa. Paling best staff dia bg check in terus. Wow..
 
 


Melody House ni book dekat booking.com jer. Harga not badla semalam dalam RM200++. Tapi Itali ni dorg ada kenakan city tax kalau duduk hotel or hostel. So kena byr 12euros untuk 2 malam 2 orang. Dekat Firenze jer kami book hostel. Rome dan Venice both airbnb. Masa ni, cakap ngan husband, settle ja lunch dan solat terus nak keluar and explore the city. Tak sabarrr sgt..sbb Florence ni best orang cakap.
 
Lebih kurang dalam kul 1.40pm cmtu kitaorg pun keluar. First stop..cari sales counter office pergi The Mall. Dekat jer dengan train station. Sorg 13euros pergi balik. Masa tak kesah..ikut suka in between 8.50am sampai 6.00pm. Bus warna hitam. Memang byk dok berkeliaran area Florence town ni. Jadi tak susah nk cari pun. Bus station pun dekat. Staff dia dah siap2 tunjuk dekat mana nk tunggu esok.
 
Next destination kitaorg g jenjalan dekat San Lorenzo Market. Baca review katanya banyak barangan kulit tapi kena hati-hati sebab ada yang asli dan ada yang tak. Penjual plak byk Mat Bangla..siap boleh cakap Melayu..cam biasalah kan..heheheh. Kenan tgk shawl2 org Itali. Tapi entah kenapa tak beli. Nak kata mahal..mungkinla..bila dah balik Malaysia rasa menyesal plak..lol
 
 
Cantik kan???
 
Ronda-ronda jap dalm 15minit, kitaorg decide nk pi next place. Semua attraction dekat Florence ni dekat2 jer. Walking distance dan tak perlu nk naik bus atau train. Kalau tanya org local pun dorg suggest jalan kaki jer sbb bus ke..taxi ke..train tak leh masuk dalam pun.. Hanya sediakan kaki yang gagah dan perkasa..hahahha. So tempat pertama kami pi selepas San Lorenzo market was Pizza Del Duomo.
 

See memang dekat jer semua tempat2 menarik dekat Florence ni
 

Cun gak

 
Selfie is wajib
 
 
Saiz perut yang mengecik tahap size S bengkung Sajat..hahahha
 
 
Yang tak cun nya, byk tempat2 menarik ni tgh under construction.
 
Dekat Florence ni, penuh dengan butik Gucci. Tau tak sebab apa? Sebabnya ialah pengasas Gucci ni berasal dari sinila uolls. So memang byk brg2 Gucci yg rare ada dekat sini. Rambang mata hokayyyy
 

Hasil tangkapan utk mak sedara. Harga 1290euros..mahai bak hang..
 

Memang kenan beg Gucci Soho ni. Dari sebelum datang memang dok ushar kecik besaq kecik besaq ja. Tapi bila dah sampai Italy..terpaksa rembat beg yang lain sbb husband nk blanja & handbeg tu latest edition plak tu. So apa lagi..terima sajalah dengan hati dan tangan yang terbuka...heheheh. TQ husband. I Love You very deep lahhh
 
 
Ok ni depan bangunan Gucci Garden yang takdak di mana2 kecuali di Florence jer. Brg2 dalam tu semua rare and bapak mahai..Sekian!!
 
Next stop, kitaorg g Hard Rock Café. Cam biasa beli fridge magnet & husband rembat baju untuk dia, abg dia dan ada gakla sedara mara yang pesan..
 

I noticed, Hard Rock Rome and Florence ni mmg takde tulis Rome & Florence dekat signboard kedai. So takbestla kan bila tangkap pic. Tapi baju2 dia cunn...
 
Then kitaorg jalan lagi jumpa plak Piazza Della Signoria. So amik pic cam biasa.
 
 
Sini pun ada construction. Takpelah..asal dah sampai kan....heheheh
 
Lepas puas bergambar kami pun menuju ke Uffizi Gallery. Ok..ni rasa agak larat pasai takdak satu pun pic dalam gallery. Taktau pasai apa. Mungkin tgh bebai kot..hahahha
 
Tapi...luar Uffizi Gallery ada pic kitaorg lepak2 tgk view dekat Ponte Vecchio or Old Bridge
 

Amboi Matahari..terik noh hampa..dahla tala kat kami
 

Tau tak, Ponte Vecchio ni pernah menjadi spot fav Hitler for good Florence's view. Wow, we shared with him the same view..gittew
 

Masa ni on the way nak pi mendaki Piazzale Michaelangelo. Nila tempat paling jauh kami jalan dan paling hazab wal penat nak mati.
 
 
Blakang tu Ponte Vecchio
 
 
Look at the view...ok takdela rasa menyesai sgt memenatkan diri. Cantik kan Florence ni
 
Turun jer dari Piazzale Michaelangelo ni dah rasa nk bebai balik pasai penat kan. Dahla dari pagi berjalan jer..Tapi Florence ni memang cun dan cantik. Org2 dia pun ok cuma kami perasanla sini byk Gipsy beggars. Rasaya dorg ni ramai2 blah dari Rome dan menyinggah dekat Florence plak. For me, takdela semak pun dorg ni. Bila dorg mintak sedekah tu just say no and senyum dahla. Takpayah nk menyampah or benci sgtlah. They are also human like us. So be kind and smile..heheheh..Plus hati2 jugaklah. Since sis tak bawak handbag so sis mcm chill and relax jer..
 
Dekat Florence juga ada Gucci Kids. Menurut staff dia Gucci kids ni rare sebab tak semua tempat ada. So cousin I Haniza cm biasala tak lepaskan peluang rempat baju untuk anak2 dia
 

2 ekoq patung kucing ni wajib ada dalam Gucci Kids
 

Mahal kot tee bodoh biasa ja..harga sehelai RM500..nangis la cmni..


Untungla kecik2 mummy dah mewahkan dia..hahahah..rasa nk tomoih budak ni..gerammm
 

No comments:

Post a Comment